Aneka Resep Olahan Sambal

ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280

SAMBAL BELACAN GORENG

Aneka Resep Olahan Sambal
Sambal belacan goreng
Bahan:



10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah

2-3 inci belacan

2-3 biji bawang merah

1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara:

  1. Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
  2. tomato dibelah 4 atau 6
  3. Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
  4. Goreng sampai layu, tapi jangan garing
  5. Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk..
  6. Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.




SAMBAL GESEK

Aneka Resep Olahan Sambal
Sambal gesek

Bahan:



20 biji cili api

1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk

2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak

Cara:

  1. Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan
  3. Tumbuk kasar ikan bilis
  4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang     telah di tumbuk tadi
  5. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.




SAMBAL BELACAN CUKA

Aneka Resep Olahan Sambal
Sambal belacan cuka

Bahan:



10 biji cili padi

2 biji cili merah

1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka -supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Cara:

  1. Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
  2. Boleh gantikan cuka dengan perahan air asam atau air asam jawa serta dibancuh cair untuk jadikan air asam.




SAMBAL HIJAU

Aneka Resep Olahan Sambal
Sambal hijau
Bahan:



250 gram cili hijau besar

50 gram cili padi hijau

4 ulas bawang merah

minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
½ sdt air perahan limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya

Cara:
  1. Potong kasar cili hijau dan cili padi hijau.
  2. Kukus bawang merah, tomato, dan bawang putih selama 5 minit. Angkat.
  3. Jika sudah layu, tumbuk kasar semua bahan. 
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan hingga layu dan harum.
  5. Tambahkan gula, garam, air limau nipis, kacau sehingga masak.




SAMBAL TEMPOYAK MASAK


Aneka Resep Olahan Sambal
Sambal tempoyak masak

Bahan:



2 batang serai, dititik

1/2 cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
15 - 20 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
(*ditumbuk kasar2)
Sedikit minyak masak

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam.
  2. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.


ADSENSE 336 x 280 dan ADSENSE Link Ads 200 x 90